Sabtu, 16 Mei 2009

Tanam Temuni

Mengikut kepercayaan orang orang kampung bahawa penanam temuni seseorang bayi itu perlulah dari orang yang terbilang jugak di kampung itu. Kononnya perwatakan orang itu akan tumpah kepada bayi itu apabila ia dewasa kelak. Begitulah aku!

Pak Jaman ialah jiranku. Dia terbilang kegagahannya serta kerajinan yang tidak tolok bandingnya di kampung aku. Memang pun ibu dan bapaku telah bercadang untuk mengambil dia sebagai penanam temuniku apabila aku lahir nanti. Maka lahirlah aku dan sempurnalah penanaman temuni aku oleh Pak Jaman.

Kemudiannya bila aku membesar, banyak jugalah perangai dan perwatakkanku menyerupai Pak Jaman. Ini sudah diduga samasekali oleh ibu-bapaku dan itulah pun yang mereka mahukan. Pak Jaman memang termashor di kampung aku dan mendapat tempias cara hidupnya pun adalah satu penganugerahan bagiku.

Gitulah cara hidup masa dulu. Kini semua itu adalah bidaah semata mata.

1 ulasan:

  1. Mengikut cara disatu tempat di Perak, temuni ini dimasukkan kedalam tempurung dan dibungkus dalam kain kuning baru ditanam. Kononnya ini adalah mengikut cara turun temurun budaya Pagar Ruyung!

    BalasPadam