Sabtu, 30 Mei 2009

Berandoi

Sebenarnya berandoi ini adalah juga dipanggil naik buaian. Namun ianya disekalikan dengan upacara wajib yang dituntut oleh ugama Islam. Tiga perkara dituntut oleh Tuhan apabila lahirnya seseorang bayi itu.

Pertamanya memberi nama, mencukur rambutnya dan mengorbankan saekor kambing untuknya atau dipanggil akikah. Maka dalam bulan pertama lepas kelahiranku diadakan lah upacara tersebut bagi diriku. Orang kampung memanggilnya 'kekah dan potong jambul' sahaja.

1 ulasan:

  1. Ada juga terdapat budaya dulu-dulu, bilamana memangkas jambul ini dibuat, orang yang memangkas itu akan hadiahkan wang-ringgit untuk bayi tersebut. Saya percaya amalan ini bagus jugak, kerana bayi tersebut bolehlah menyimpan duit sejak mula dari kecil!

    BalasPadam